Nuffnag Adds

Saturday 18 October 2014

Siapa Aku Nak Lawan Takdir

Assalamualaikum, 
Kalau masa boleh diputarkan semula , aku nak jadi akak , orang yang dapat kasih sayang daripada seorang nenek dan dua orang atok dalam jangka masa yang lama. Seorang yang dapat banyak kenangan manis berbanding cucu-cucu atok yang lain.

Mungkin kalau masa tu aku ada alat mcm doraemon, aku berhentikan masa daripada terus berputar. Aku akan berhentikan sebelum masuknya bulan Jun 2002. Eh apa sikit sikit nak alat doraemon , kau ingat doraemon tu wujud ke azwa? tapi kesah apa kan sebab aku nak benda tu berlaku tapi sebagai seorang khalifah , seorang manusia yang tak mampu nak lawan kuasa sang pencipta aku terpaksa akur dan terima dengan semua ni .

Kehilangan dua insan yang tersayang  dalam masa 3 bulan . cehh pdahal masa tu kecik lagi lebih2 pulak minah ni nak emo , eh tapi kau tau tak hakikatnya aku sayang atok dengan nenek tu macam mana. Dah kalau setiap minggu nak ajak ayah balik kampung, ingat ayah mak takde kerja lain agaknya nak buat . Nak melayan kerenah anak anak yang setiap minggu nak balik kampung , eh sape suruh atok dengan nenek kita best sangat sangat .. sape tak suka kan bila balik kampung , kau masuk rumah je dah bau KFC , ada jajan pulak banyak banyak lepastu kau buka peti ais tu ada pulak air vitagen ..nikmat betul duduk kampung ni .. haha ..

ok kembali kepada cerita asal , pengalaman dan lebih kepada suasana , situasi ketika perginya atok Salleh dari muka bumi ini. Atok menghembuskan nafas terakhirnya di KPJ Johor , alaa hospital yang dekat dengan hutan bandar tu ermm yang dekat dengan RTM . Atok memang ada sakit yang lama dia tanggung , yelah tapi sebab atok ni seorang yang kuat. Kalau dia tak kuat sape pulak nak jaga nenek yang lagi teruk menanggung sakit . Pokteh pulak kerja tak menentu , yelah pemandu lori bukan tentu bila cuti , perjalanan lama ke tak , kena hantar barang ke utara semua .

Pagi 26.6.2002, macam biasalah kan bangun pagi siap nak pergi sekolah excited jumpa kawan , nak main lari lari dalam kelas , nak nyanyi lagu kat perhimpunan , rutin harian seorang pelajar darjah 1 . Pergi pun macam biasa ayah hantar naik motor lepastu atas motor bergaduh dengan abang . Tapi pagi tu, ayah pesan balik tengahari nanti jangan pergi mana mana sampai abah (pengasuh) datang ambil sebab ayah nak pergi hospital tengok atok . Tapi yang peliknya belum pukul 1 ayah dah masuk pintu kelas aku , dah kenapa pulak dan bertambah lagi pelik ayah masuk kelas tu sir Othman iring . Lepastu cikgu pulak suruh aku kemas kemas barang aku dan boleh ikut ayah balik . Eh, tak ke kau bahagia boleh balik awal lepastu boleh gelakkan kawan kau yang kat dalam kelas . hahaha . Sampai je dekat motor , abang dah ada ,, hekeleh dah kenapa abang pun ikut balik . So, duduk jelah diam diam dekat motor tu kan sebab dah pelik kenapa tak balik rumah pengasuh pulak, petang ni sekolah agama kot .

Sampai rumah je mak kelam kabut suruh salin baju kurung, lepas dah salin baju terus masuk kereta . Aku ikutkan jelah kan tapi ayah cakap nak singgah rumah mak andak ,ambil family dyorg sebab pak andak aku dah dekat hospital tunggu atok sampai rumah . Dengan taktau apa2 ingat atok dah keluar dari hospital , eh sape tak happy go lucky, bolehlah jalan pergi bandar dengan atok . Ha , ok dah amik family mak andak tu ayah teruskan perjalanan sampai kampung , walaupun kita orang semua dah berhimpit macam sardin dalam tu , bayangkanlah yang duduk seat belakang 7 orang, ayah tetap bawak kereta macam nak berlumba . Dalam kereta tu yang aku tau ketawa sakan dengan sepupu , abang .. akak pulak masa ni dekat asrama lagi.

Saat paling aku malas nak ingat dalam kamus hidup aku, paling tak suka untuk aku ingat tapi terpaksa sebab ianya kenangan untuk aku , sampai rumah atok dekat ,, ramai sangat orang ,jiran jiran atok ada, orang kampung ada , tapi aku tak dapat agak apa2 langsung ,, masuk rumah tengok dekat ruang tamu ada tilam yang di alas kain batik ,, tok usop (jiran atok) tengah menyapu , mokde dengan maklong tak bagi ktorg main lari lari ,, duduk diam je . Dan tiba tiba aku pelik , aku hairan kenapa ada tempat mandikan jenazah dekat depan rumah ni , siapa yang nak kena mandikan dalam tu . tak lama tu, mokde bagitahu kami, cerita dekat kami yang atok dah pergi tinggalkan semua orang, tinggalkan dunia , atok akan ditanam dalam tanah nanti . Aku masih ingat, takde seorang pun adik beradik ayah mahupun atok leha (nenek) yang menangis masa tu.

Memori aku tak dapat ingat sikit pun ketika atok sampai rumah dan apa yang berlaku lepas tu, aku hanya mampu ingat masa atok nak di bawa ke tanah perkuburan, dan aku taktau kenapa aku nak sangat ikut naik van jenazah tapi semua orang tak bagi dyorang cakap sebab aku kecik lagi , tapi orang orang tau tak yang aku nak atok aku sebenarnya, taknak pisah dengan atok . Tanpa semua orang duga, selepas aku pujuk mak, ayah , pengasuh aku yang aku nak ikut tapi takde sorang pun layan, aku buat tindakan yang di luar jangkaan semua orang , Ketika orang ramai ramai dekat rumah atok ,van yang bawa atok tu bergerak menuju ke destinasi ,aku kejar van tapi mak tahan aku . Bila van hilang dari pandangan, aku gulingkan diri aku dekat jalan tar depan rumah atok, dari atas bukit sampai ke simpang tiga tu, dan aku menangis meronta2 dekat jalan sebab aku nak ikut atok tapi semua orang tak bagi, sorang demi sorang datang pujuk aku untuk naik rumah atok ,, entah orang ke berapa datang dekt aku dan janji nak bawa aku ke sana, aku senyap kemudian ikut orang tu , tapi sebenarnya orang tu tipu aku , dia tipu aku , tak bawa aku jumpa atok pun . mungkin bagi dia "alaaaa budak kecik, takpe" .. tapi tidak bagi aku

Atok, sekarang dah 2014 , dah 12 tahun atok tinggalkan ktorang semua , kalau atok hidup lagi, atok dah dapat cicit tau atok , kak wani dah ada anak , Hana Qaireen Fateha cicit sulung atok . Mesti atok orang paling bahagia nak sambut dia selain mak ayah dan kami semua. Atok, keluarga besar atok semua sihat, semua ceria ceria , kami ceria tak bermakna kami lupakan atok, Maklong, ayah, mokde, pak andak, pokteh, pakcik dengan mksu selalu cerita pasal atok dengan atok leha dekat kami. Dalam cerita dyorg semua mesti ada perkataan "abah, mak" .Balik kampung, pandang bilik atok, banyak kenangan dekat situ. Dekat rumah mokde, rumah pakcik, rumah atok .. ada gambar atok besar ktorg frame. kalau rindu, ktorang tengok gambar tu . Mokde selalu cakap "atok korang mesti suka tengok korang macam ni" . Atok tau tak, rindunya kami semua dekat atok, kami tau atok mesti ada dekat tempat yang mulia di sisiNYA . kami semua dah tak mampu nak dapat kasih sayang seorang atok, tapi kami tahu atok sayang kami walaupun atok tak sempat nak tengok Harith Jauhar, nak tengok Faris membesar tapi kami tau atok sayang kami . Kami pun nak atok tau yang kami sayangkan atok sangat. Atok adalah atok yang terbaik dalam hidup kamus azwa . Azwa sayang atok .

Damailah atok disana bersamaNYA
AL- FATIHAH
22.6.2002
HJ. SALLEH BIN BAKRI